Blog

5 Pengaruh Kekangan Kewangan Kepada Kesihatan Wanita

Kekangan kewangan boleh mengakibatkan banyak perkara tergendala seperti masalah kesihatan dan pengurusan diri. Terdapat banyak kemungkinan yang boleh terjadi apabila kita tidak dapat mengakses kepada akses kesihatan yang lebih baik kerana kesan masalah kewangan yang semakin meruncing tersebut. Berikut adalah 5 kekangan kewangan kepada kesihatan Wanita :

1. Penjagaan Prenatal :

Apabila masalah kewangan merupakan masalah utama, kemungkinan tidak mampu untuk melakukan pembiayaan kos prenatal akan terjadi, ianya akan mengakibatkan Wanita menghadapi kesulitan untuk penjagaan yang lebih sempurna. Sudah semestinya akses untuk ke bahagian yang lebih pakar akan tergendala dan ianya sering terjadi di Kawasan yang terpencil dan pedalaman di sesuatu daerah.

2. Kelahiran dan penjagaan postpartum :

Kini, kos bersalin juga menjadi satu perbualan yang hangat yang berkait rapat dengan masalah kewangan di Malaysia, penjagaan selepas bersalin juga penting bagi ibu dan bayi, namun jika kewangan tidak mencukupi sudah semestinya keinginan untuk memberikan akses kesihatan yang terbaik pada ibu dan bayi yang baru lahir tadi ditangguhkan malah akan diabaikan. Ada juga pembiayaan untuk kos bersalin secara pembedahan tidak dapat dibiayai sepenuhnya mengakibatkan ibu tersebut terpaksa meminjam untuk membiayai kos tersebut. Kadangkala ini juga sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan mental Wanita tersebut.

3. Rawatan kesuburan :

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya inginkan zuriat. Namun pembiayaan kos untuk rawatan kesuburan agak tinggi dan ada sesetengah pasangan tidak mampu untuk membiayainya, dan hanya membiarkan harapan mereka terkubur begitu sahaja. Wanita yang mengalami akses yang terhad untuk rawatan kesuburan akibat daripada masalah kewangan semestinya akan mudah merasa putus asa dan hilang keyakinan diri untuk meneruskan perkahwinan mereka. Ianya amat penting untuk menjaga kewangan kita supaya kita dapat mengatasi masalah tersebut dari berlaku. Jadi, pengurusan kewangan itu penting supaya masalah kewangan ini tidak menjejaskan masalah mental Wanita.

4. Kontrasepsi dan perkhidmatan reproduktif yang lain

Kini, terdapat pelbagai lagi alternatif reproduktif yang lain dan kontrasepsi di luar sana. Namun, ianya juga memerlukan kewangan yang stabil dan perlu dilakukan untuk berterusan. Wanita yang mempunyai kekangan kewangan akan mudah untuk menghadapi kesulitan membiayainya.

5. Penjagaan kesihatan yang tidak menyeluruh

Apabila Wanita mempunyai masalah kewangan, perkara seperti penjagaan diri yang menyeluruh serta pengambilan makanan tambahan akan diabaikan. Mereka akan terjebak dengan penjualan serta pembelian makanan tambahan kesihatan yang murah tetapi tidak mendapat kelulusan KKM. Ianya akan mengakibatkan kerosakan organ dalaman dan kesan jangka masa panjang.

Dengan ini, kita dapat rangkumkan, pengurusan kewangan ini penting untuk masa depan dan kegunaan setiap individu serta menjaga kesihatan mental kita semua. Terdapat banyak lagi perkara yang dapat membantu anda untuk menguruskan kewangan dengan baik serta menjana pendapatan anda dengan mudah. Ingin menjana pendapatan sampingan dengan kami? Hubungi kami dengan klik butang di bawah!

ms_MYMalay